Menu untuk entri kali ini adalah nasi lemak.
Resepi mudah dan ringkas untuk bekal ke tempat kerja
Bahan-bahan untuk nasi:
- 3 cawan beras
- 4 cawan santan
- Daun pandan
- Garam
- Halia
- Lada hitam
- 2 ulas bawang merah
Bahan-bahan untuk sambal:
- 15 biji cili kering (dikisar)
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- Sos cili
- 2 ulas bawang merah
- Air asam jawa
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula
Bahan-bahan lain:
- Ikan bilis goreng
- Telur rebus
- Timun
- Kacang tanah goreng
Cara-cara membuat nasi:
1) Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk
2) Masukkan santan, daun pandan, garam, hirisan halia, lada hitam dan hirisan bawang merah.
3) Masak hingga kering dan kecilkan api hingga masak.
*** Boleh masukkan halba jika mahu nasi lebih wangi
Cara-cara membuat sambal:
1) Tumis bawang merah
2) Masukkan bahan yang telah dikisar iaitu cili kering dan bawang besar dan masak hingga mendidih
3) Masukkan air asam jawa, garam gula dan sos cili
4) Masak hingga kering
***Nasi lemak siap hidangkan bersama ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang tanah goreng.
RESEPI BONDA BY MIMIE
Blog ini adalah untuk berkongsi menu-menu ilham daripada bonda saya. Menu ini juga adalah versi saya dan kawan-kawan boleh menambah apa-apa sahaja bahan mengikut citarasa masing-masing.
Wednesday, 4 September 2019
LATIH DAN AJAR LIDAH
Perasan atau tidak?
Level "manis" setiap orang itu tidak sama walaupun pada 1 cawan air sirap yang mengandungi kandungan gula yang sama.
Begitu juga dengan rasa masin pada gulai yang sama. Level
"masin" anda dengan kawan anda mungkin berbeza.
Deria rasa lidah untuk rasa manis dan masin ini perlu
dilatih..
Percaya atau tidak?
Jika anda sudah terbiasa dengan minuman tawar, anda
akan rasa "TIDAK SEDAP" pada minuman yang terlalu manis.
Jika anda telah terbiasa mengamalkan makanan kurang garam,
hanya sedikit garam sudah CUKUP untuk memberikan rasa kepada makanan.
"Apabila lidah sudah biasa dengan makanan MANIS
dan MASIN, deria rasa semakin tidak sensitif dan lebih banyak gula atau garam
diperlukan untuk memberi rasa yang di ingini"
BAHAN-BAHAN RAHSIA RESEPI BONDA
Untuk posting kali ini, saya akan memperkenalkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.
Saya menggunakan bahan-bahan ini untuk semua menu masakan saya dan menyedapkan masakan saya hingga termimpi-mimpi.
Kicap Istimewa (Masin)
Kicap ini boleh digunakan untuk:
- Mee goreng
- Bihun goreng
- Char Koeytiaw
- Ayam masak kicap
- Kuah hailam
- Dan sebagainya
Kicap Masin
Kicap ini boleh digunakan untuk:
- Makan bersama nasi panas
- Ayam masak kicap
- Kuah hailam
- Dan sebagainya
Sos Cili Pedas
Sos ini boleh digunakan untuk:
- Makan bersama ayam goreng
- Mee goreng
- Bihun goreng
- Dan sebagainya
Cuka
Cuka boleh digunakan untuk:
- Membersihkan ayam
- Ikan masak cuka
- So thai
- Dan sebagainya
***Bahan-bahan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit berdekatan atau boleh dibeli terus dari kilang yang berada di Pendang, Kedah.
***Bahan-bahan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit berdekatan atau boleh dibeli terus dari kilang yang berada di Pendang, Kedah.
NASI DAGING UTARA RESEPI BONDA
Menu istimewa kita pada hari ini adalah: Nasi Daging Utara.
Menu ini amat sesuai untuk sebarang majlis termasuk majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya, majlis sambutan ulang tahun kelahiran dan sebagainya. Selain itu, menu ini juga boleh dibuat pada hari biasa untuk makanan tengahari.
Menu ini merupakan menu istimewa daripada utara dan boleh dimakan bersama kari daging atau sup daging. Dibawah ini adalah resepi turun-temurun keluarga saya.
Bahan-bahan nasi:
- Daging batang pinang (direbus hingga empuk)
- 5 cawan air rebusan daging
- 4 cawan beras
- Perencah nasi daging Iman
- Tiga sekawan ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putis (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- Mentega
- Garam
Bahan-bahan sup:
- Daging batang pinang
- Air rebusan daging
- Perencah sup
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- Daun sup dan akarnya
- Halia
- Garam
Bahan-bahan air asam:
- 10 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- Kerisik
- Belacan
- Garam dan gula
- Perahan air limau nipis
- 1 biji tomato
- 2 biji bawang besar
Cara-cara membuat nasi:
1) Bersihkan beras dan toskan
2) Panaskan mentega dan tumis tiga sekawan, masukkan bahan yang dikisar kemudian masak hingga naik bau wangi.
3) Masukkan 5 cawan air rebusan daging (dengan menggunakan cawan yang sama untuk menyukat beras)
4) Masukkan perencah nasi daging dan masak hingga mendidih
5) Masukkan beras yang telah dibersihkan
6) Masukkan daging yang telah direbus dan masukkan sedikit garam
7) Masak nasi sehingga kering dan kecilkan api hingga nasi masak
Cara-cara membuat sup:
1) Rebuskan daging bersama perencah sup
2) Masukkan halia yang telah dihiris
3) Masukkan daun sup bersama akarnya yang telah dibersihkan
4) Masukkan garam dan masak sup sehingga mendidih
5) Tumis bawang merah dan bawang putih dan masukkan ke dalam sup yang telah siap dimasak
Cara-cara membuat air asam:
1) Tumbuk cili merah, cili padi, belacan bersama garam dan gula sehingga halus
2) Masukkan dan gaul bersama hirisan bawang besar dan tomato. Masukkan perahan air limau nipis
3) Masukkan kerisik dan gaul bersama
***Nasi Daging Utara versi saya siap dihidangkan. Juga boleh dihidangkan bersama hirisan tomato dan salad.
Subscribe to:
Posts (Atom)